Saturday, January 5, 2013

mana nak cari ??


mana nak cari ekk novel ni . rasa teruja pulak nak tau ending dia . nak harapkan kat tv , ntah bilalah nak habis . cerita tu sweet sangat . tapi kalau dah novelkan , paham-paham jela . mesti ada dugaan . baru baca sinopsis dia je pun dah tau yang cerita ni best . lagi-lagi bila ada cerita yang diadaptasi daripada novel ni , lagilah best . lepas tu gandingan pelakon pulakk yang hensem dengan cantikk . lagilah teruja nak tengok . walaupun cerita tu petang , aku tak kan terlepas nak tengok . mak dah suruh cari kerja ni . rasa malas pulak nak kerja memandangkan cerita ni bersiaran petang . tapi kalau betul rezeki aku dah sampai , nampaknya , memang kena carik jugak la novel ni . dah usha-usha jugak dekat internet . tapi aku tak tau macam mana beli online . dokk reti . siapalah yang ada novel ni ekk . agak-agak kat kedai buku ada lagi tak ? tapi aku nak melangkah pergi bookstore tu pun ntah bila . nak pergi bandar susahlah . kalau pergi pun selalu tunggu incik bos yang ajak . aduhai . nak sangat baca novel ni . tapi apa-apa pun , cerita ni happy ending . harap-harap aku dapat baca novel ni dalam masa terdekat ni . hehe . <3 

Thursday, January 3, 2013

aku ex student :D

haisshh . tetibe rindu pulakk nak buat homework . kalau dulu , time2 macam ni , masing-masing tengah sibuk-sibuk kat kelas tambahan . lagi-lagi hari khamis , kelas CHEMISTRY . mau tak terlelap . tahankan je la . sekarang dah tak ada dah tu semua . segalanya telah berakhir . sekarang giliran adik aku pulak yang kena tanggung tu semua . baru dia rasa betapa susahnya jadi SPM CANDIDATE ni . tu belum lagi kena push dengan cikgu . aduhaii , parah-parah . kadang-kadang tu . rasa nak menangis pun ada tau kalau fikir pasal homework .  apa-apa pun , semoga dengan segala pengorbanan aku dulu , akan nampak hasilnya kat result spm nanti . rasa nebess pulak nak tunggu result ni . seriously aku cakap , soalan tahun 2012 ni sangat mencabar keimanan . susah , tapi alhamdulillah , aku boleh jawab lagi la . kalau dulu , setiap hari ada je benda nak buat , sekarang ni , langsung tak ada aktivi . ingatkan best sangat tadi jadi EX STUDENT ni . rupanya , BOSAN YANG AMAT . lebih baiak aku  peg sekolah . dapat jugak jumpa sahabat-sahabat yang sekepala tu . apalah mereka-mereka buat ekk waktu-waktu ni . hmm . rindulahh . :( *gambar tu masa kiteorang dekat D'IMPIAN INN . sweet moment ! 

budakk baru belajar . :)

assalamualaikum . haii . saya NUR AINA SYAZWANNA BINTI GHAZALI .  baru je mencuba berkecimpung dalam bidang blogger ni . banyak benda lagi yang kena belajar . mohon tunjuk ajar ye kawan-kawan . tujuan buat blog ni pun sebab saja-saja . rasa bosan duduk rumah sebab tak ada benda nak buat . dah la tak kerja . sibuk dok tanam anggur je ni . dah penat cari kerja , tapi belum ada rezeki lagi buat masa ni . emm tak apa la , kalau ada rezeki nanti , INSYAALLAH , ada juga nanti . hanya perlu sedikit kesabaran .  hmm apa lagi ekk nak bebel . dah tak ada idea da . btw , aku stay kat yong peng , johor . hanya ini buat masa ni , kalau ada masa , aku update lagi ehh . salam perkenalan ye sahabat  . *maaf ye , gambar tu aneh sikit . :)